Memang terus batalkan niat untuk bersalin di situ. Hari ni blogwalking sana sini, terjumpa la blog INI, terus hati berbunga kembali...mungkin ada harapan untuk bersalin di sini tetapi keputusan belum muktamad. Walaupun suami cakap dia memberi kebebasan untuk saya memilih tetapi seperti biasa, saya adalah seorang yang suka fikir sana sini kemudian berpatah balik kemudian terus semula.
Ada macam-macam pendapat tentang tempat bersalin, terpulang kepada individu...oleh kerana kali ni suami memberi tawaran untuk memilih tempat bersalin di dalam range harga yang saya sendiri tau kemampuannya , tidak la boleh tempat terlalu mahal, jadinya saya ada pilihan untuk bersalin samada di Hospital Selayang seperti sebelum ni atau pun private yang menawarkan bajet di dalam kemampuan suami.
Pakej di bawah ni masih di dalam kemampuan suami dan saya akan fikirkan tentang harga yang dinyatakan di dalam pakej ini. Tetapi mesti diingatkan oleh saya sendiri, betapa penting untuk menyediakan extra bajet untuk kemungkinan yang tidak dijangka.
** terharu dengan tawaran suami itu...mungkin 2 pengalaman lalu membuatkan dia berfikir untuk memberi sedikit keselesaan kepada saya. Ditambah pula jarak masa untuk menunggu khabar gembira ( anak ke 3) adalah sangat lama.
5 comments :
to be frank kak aya.. saya ke-empat2 anak bersalin kat sana..but recently sevices dia not so good.. saya kena RM3100 tapi layanan makin merundum..huhu.. makanan pun dapat lambat..
@Chekgu Azrineoh ye ke service agak mengecewakan? kak aya ada survey2 jugak Al Islam Medical Centre, Kg Baru.. Ada kawan ckp ok jugak kat situ dan harga lebih rendah berbanding PUsrawi cuma di situ baby selalunya diberikan susu botol untuk permulaanya.
Assalamualaikum Kak Aya
Alhamdulillah
Syukur
Tahniah
moga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi anak yg soleh
Pening jugak nk decide ni..moga akak dpt hospital yg terbaik & berpatutan.
Akak..due bila? Nnt roger ye akak decide besalin kt pusrawi or.x? Hee
Post a Comment