Pihak transit membuka transit seperti biasa sepanjang cuti persekolahan memandangkan ada ibubapa yang keberatan untuk menghantar anak pulang ke kampung ( saya la orang tu!)
Di samping itu, pihak transit juga menyediakan kelas tuition untuk mata pelajaran teras dengan kadar harga berpatutan.
Jadi, Nadhirah turut menyertai kelas tuition tersebut..dia menyertai lebih lewat berbanding rakan beliau yang lain. Pelajar kelas tuition tu berbeza tahun dan kelas.
Tak sangka diakhir kelas tuiton, Nadhirah dapat tempat pertama , beliau berjaya mencapai tahap yang ditentukan oleh guru tuition.
Saya cakap pada dia, ini la hikmahnya Dhirah tak balik kampung. Beliau agak kecewa asalnya hari tu ketika mula-mula sekolah bercuti kerana saya tidak membenarkan beliau balik Tampin seperti tahun lepas. Saya terpaksa menimbangkan banyak perkara sebelum mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Nadhirah tinggal di Tampin. Sekurangnya beliau tinggal di transit, ada sesuatu yang bermanfaat dapat dikutip dan dipelajari.
Selain belajar tuition di situ, pihak transit menekankan kepentingan solat, maksudnya setiap waktu wajib solat di rumah transit . Makan minum semua berjadual seperti biasa. Waktu bermain pun mengikut jadual dan waktu menonton serta waktu untuk tidur pun ada cuma biasalah Nadhirah ni mana suka tidur siang.
Selepas makan, semua kena belajar mencuci pinggan, membersihkan meja makan..kalau tinggal di rumah Uwan, air nak minum pun Uwan ambilkan...lepas tu 24 jam adalah main, makan dan tidur.
Malam-malam time di rumah, kalau ada kerajinan, Nadhirah akan mengaji sendirian , sekadar mengulangbaca surah-surah yang telah di baca.
Bangga betul dia ... dapat tempat pertama walaupun sekadar ujian biasa-biasa je. |
Set alat tulis, cekak rambut dan dompet duit siling. |
4 comments :
Tahniah utk Nadhirah!.Biasa la bdk2..mmg dimanjakn oleh nenek/atuk mereka..sbb jarang jumpa..time ct sekolah br la dpt bermanja dgn cucu
Tahniah utk nadhirah!!
Tahniah nadhirah! Apa sekalipun kejayaan anak Semestinya kita sbg ibu akan ttp rasa seronok :)
berbaloi belajar pandai2 dpt habuan yg cantek2 tu kan
Post a Comment