D' Arab Cafe | Sedap nasi arabnya!

Sebenarnya ni kali pertama saya makan nasi arab !.Kesiann kan?

Bila tengah mengandung macam ni, memang patut kita request nak makan apa je sebab permintaan kita tu biasanya sentiasa diutamakan..cuba kalau tak mengandung, permintaan tu akan sentiasa di KIVkan (:

Restoran ni di terletak di Jalan Duta, berhampiran dengan Matrade , Pejabat Kerajaan dan juga Masjid Wilayah.

Tak ambil gambar sangat pun sebab kami memang pergi di dalam keadaan yang hampir kebuluran he he...jadi sampai je makanan terus makan dengan senyap. Malam-malam tak ramai orang, kalau siang, penuh dengan pelanggan ( ini suami saya la yang cakap sebab dia baru je datang waktu siang beberapa sebelum ni).

Dek kerana ketamakan, semua order sepinggan sorang...sekali datang, mak aiii banyaknya...tapi yang peliknya saya dapat habiskan semua tu sedangkan lagi 3 orang ni makan separuh je..eh ok la kan, saya makan berdua he he.

Sepinggan harganya Rm15....puas hati la sebab bila tapau dan panaskan semula boleh makan untuk 4 orang lagi..kiranya macam 2 kali makan la untuk satu keluarga kecil kami.



Orang yang membayornya.

Ini hidangan untuk saya...selamat masuk perut semuanya..


1 comments :

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

blom pernah try ns arab

Post a Comment