Minggu ke 32 Kehamilanku


Semakin terasa cepat masa berlalu...kian menghampiri saat yang mendebarkan..lagi 8 minggu.

Baju baby belum beli sehelai pun lagi...mungkin akan ke Ekspo Baby di Midvalley pada 10-12 May nanti. Time tu mungkin beli lengkap semuanya.

Dah scan jantina - biarlah rahsia dulu!

Berat baby = 1.6 kg

Berat mama = 79 kg ** harap-harap tidak la tersasar melebihi 80kg.Jenuh nak turunkan semula.






NOVEL PELANGI CINTA BUAT SUAMI|ACIK LANA



Baru beli....belum boleh review apa-apa lagi....Insyaallah akan memulakan proses pembacaan secepat mungkin selepas lebih 8 bulan berehat daripada membaca novel..

Insyaallah lepas baca terus tulis review di blog.

p/s: dah ada yang baca ke? Sila komen sikit...



CPUV Campaigns ke 7 2013|TM Mencari Ramli 2

Alhamdulillah....bulan ni dapat lagi satu iklan dari pihak Nuffnang..walaupun trafik saya sangat la lengang tetapi bila dapat iklan dari pihak Nuffnang, kegembiraan sama seperti blogger pro yang mendapat sponsored post.



Kali ni rezeki dari pihak TM, selalu kat radio dengar iklan Mencari Ramli ni...saya cuba tunggu kot-kot keluar di blog ketika saya sedang online tapi tak ada muncul pulak.

Ianya merupakan sebuah pertandingan berbentuk uji bakat bagi mencari pemain remaja bolasepak handalan dalam lingkungan usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun 1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) bagi merebut gelaran RAMLI sekaligus berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa lawatan ke United Kingdom (London & Manchester United) untuk memgikuti program latihan bolasepak di Manchester United Soccer School selama dua minggu.

Program ini di anjurkan oleh TELEKOM MALAYSIA ("TM") dengan kerjasama Akademi Bolasepak Frenz United dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bolasepak di Malaysia, ianya dijadualkan berlangsung dari 1hb. Februari hingga 27hb. Mei 2013.

Apa pun, saya berterima kasih kepada NUFFNANG dan seperti biasa sedikit semangat mula membara untuk lebih rajin update entry tetapi untuk blogwalking memang agak susah sikit la..hmmm seperti biasa ALASAN akan muncul - letih , penat dan perkataan sewaktunya dengannya he he....yelah dengan perut memboyot macam ni memang rasa penat nak menyambung tugasan mengadap komputer selepas seharian mengadap komputer di pejabat dan pergi dan balik kerja meredah kesesakan di jalan raya. ( Bukan main panjang lagi ye bagi penjelasan, macamlah orang kisah pun!).


Sekian, catatan untuk malam ni!



Pekena Mee Mamak di Restoran Al Bidayah Bandar Baru Selayang

Kalau dah kemaruk nak makan di restoran mamak, sorang-sorang pun jadi.

Ke klinik jap tadi, berdekatan dengan restoran ni....lepas check up, terus masuk restoran dan order mee mamak.

Kali ke 2 makan menu yang sama dan di tempat yang sama dalam masa kurang seminggu.

Tak tau la lepas bersalin nanti, selera saya masih boleh menerima makanan mamak atau kembali seperti asal..

Kita tengok je la macam mana nanti.


Minggu depan cadangnya nak makan maggie goreng di restoran ni!



Minggu Ke 31 Kehamilanku

Dagu berlapis -lapis macam kuih lapis 

Berat : 79 kg
HB : 11.2
BP:117/84

Baby bergerak sangat aktif.

Berdebar bercampur teruja berbaur takut mula datang .....mungkin sebab dah terlalu jarak antara anak ke 2 dan ke 3 ni serta masih kian hampir.

Semoga segalanya dipermudahkan Allah dalam melaluinya.

Amiin.



CPUV Campaigns yang ke 6 2013|Sharp Workshop Part 2



Inilah CPUV terbaru di blog saya. Macam mana rupa iklan tu tak dapat la saya tunjukkan sebab saya menunggu juga kalau -kalau iklan tu keluar time menunggu tu tapi sampai sudah tak keluar-keluar.

Selain gembira sebab ada duit masuk, CPUV ni juga boleh dijadikan satu entry): Bagus untuk orang yang sentiasa kekeringan idea macam saya.

Terima kasih ye Nuffnang! Nak harapkan dapat sponsored post memang jauh lagi la perjalanan blog saya ni.Jadi dapat CPUV pun dah satu bonus!

Sebenarnya baru je setengah jam sampai rumah selepas hampir 3 jam di jalanraya..hujan lebat, banyak kawasan banjir dan ada saya ternampak sebuah kereta Myvi yang terperangkap di dalam banjir di Jalan Sentul. 

Terasa nak kejang betis ni kerana terlalu lama menekan klac kereta..minyak kereta hampir kering...nasiblah berdua dengan teman sepejabat , kalau sorang diri terasa jemu dan cuak jugak sebab jalan sesak teruk, kilat dan guruh seperti masuk di dalam kereta.

Kesian tengok wajah anak-anak yang sedang menunggu di nursery, dah le mereka yang paling lewat balik, rakan-rakan semua dah balik.

Anak-anak pun terkena hujan ketika pulang dari sekolah menuju ke nursery petang tadi...basah kuyup semuanya...

Hujan rahmat dari Allah! Menyejukkan sedikit bumi yang sentiasa kepanasan...menyejukkan sedikit mak buyung yang sentiasa menggunakan 2 kipas tiap malam - saya le tu!

p/s: ada tak sahabat yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas petang ni?








Stor Sempit Jadi Tempat Tidur

Pertamanya - ini bukan kisah yang seperti disiarkan di dalam mana-mana akhbar atau yang pernah tersiar di dalam Bersamamu TV3.

Ini adalah gambaran sebenar tempat tidur saya ketika waktu rehat di pejabat.

Nampak benar-benar sempit tapi agak selesa sebenarnya. Ada aircond dan agak privacy untuk saya. 

Tapi kalau waktu kerja, jangan cuba-cuba masuk baring sebab bilik ni juga merupakan filing room, jadi sesapa je akan keluar masuk ambik file, kang kalau masuk baring time orang keluar masuk , mau terkejut gila mereka yang melihat dugong sedang terbaring.






Set Berpantang Shaklee

Perancangan saya untuk set ketika berpantang nanti adalah Set Shaklee.

Jenuh godek sana sini baca testimoni tentang set ni, banyak yang positif.

Tapi nak tanya jugak kat sini, kot-kot ada sesiapa yang sudi berkongsi pengalaman selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee ni.



Kredit gambar kepada blog Hanis.



Traffic di blog Jendelahidup.com kini!

*** Sekadar rekod untuk diri sendiri saja.

Tahun lepas pernah mencecah 800UV setiap hari untuk beberapa bulan , lepas tu merudum jatuh seperti sekarang.. tak pernah lepasi 200UV sehari pun sob sob...



Sekarang mood untuk berblog nampak seperti mula bercambah tetapi mungkin untuk sementara waktu saja , lepas ni tanggungjawab utama makin bertambah, ntah apa nasib blog ni selepas itu.



Makan Ikan Celup Tepung Di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu

Panjang betul tajuknya ye!

2 minggu lepas kan balik Terengganu, kalau dah balik sana tak makan ICT memang tak sah la kan?

Saya tak kemaruk sangat makanan lain selain keropok lekor. Ini adalah makanan ruji saya sejak kecik, tak dapat merasa time balik kampung memang akan jadi sangat kempunanlah jawabnya.

Kali pertama makan di Penarik ni...suasana tepi pantainya cantik tapi harga makanan kat sini agak mahal la...selalunya kami lepak di Pantai Telipot , Batu Rakit je, dekat dengan rumah....sesekali nak alih angin, mahal la pulak..tapi balik pun sesekali je, makan dengan niat nak happy-happy dengan family, jadi mahal sikit pun tak apalah.


Nama kedai ni "temutike". Pelanggan memang ramai, bersilih ganti sampai lewat petang.

Lepas ni , mungkin tak pilih lagi dah kedai ni...kembali ke Batu Rakit je la macam biasa.

Sotong Celup Tepung - RM24 sepinggan ni, keras sotongnya.

Ikan kembung celup tepung - RM15 untuk 3 ekor ikan bersaiz sederhana, tak fresh rasanya

ABC Special - Rm4.50 

***** lupa nak snap gambar keropok lekor, order RM3 ( 15 batang dipotong pendek-pendek, lenyap sekelip mata ditelan oleh mak buyung)




Seronok berada di tepi pantai....angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Balik je rumah mak, terus rasa berbahang...siang hari adalah sangat panas, lantai papan rumah mak terasa bahangnya, jadi memang tak boleh nak baring-baring walaupun di bawah kipas, angin kipas terasa sangat berbahang, mungkin kerana rumah mak masih beratap zink, tahap panasnya lebih sikit la..

Tapi bila malam tiba, memang sejuk tak ingat la...rasa macam duduk di benua Eropah pulak..ecehhh cehhh.

Tengoklah Umar tidur berselimut penuh badan, selimut tampal ni tebal, bersaiz Queen,dilipat dua untuk jadikan lebih tebal tapi Umar masih komplen macam tak selimut je,sejuk menggigil, tak pasang kipas pun.



Kalau di KL memang tak pernah kenal erti selimut...

Begitulah cuaca di Terengganu. Apa pun , Terengganu sentiasa istimewa di hati.





Kembar kah?

Baru je masuk minggu ke 2 memakai maternity dress, saya telah dilontarkan dengan soalan " ni due bulan ni ke?" atau "kembar ke kali ni?" 

aikkk nampaknya tekaan saya sebelum ni silap, mereka yang bertanya kali ni nampaknya lebih advance. 

biasanya soalan "bila due" tapi kini bertukar seolah-olah secara tidak langsung menggambarkan kemajuan perut saya berada di tahap minggu ke 38 dah ( baru je 29 minggu sebenarnya ni!). 


cuba tengok gambar ni....ada kah memang besar ini perut?


Gambar terkini pagi ni....di taman Bandar Baru Selayang

sebenarnya saya sendiri pun kadang-kadang terasa ' besarnya perut akuuuu' 

risau kalau-kalau berat kekal pada tahap 70-77kg seperti sebelum mengandung hari tu..itu berat obesiti, saya tak mau. 

berat ideal untuk saya sekitar 48-50kg je tapi rasa macam mustahil gila nak dapat tahap tu...dapat 60 pun dah cukup berbesar hati. 

apa pun , untuk saat ini, waktu ini, tika ini....saya tak nak fikir tentang perkara itu...nak kurus macam mana pun , perut ni tetap akan membesar hingga sampai waktunya. 

lepas tu , baru fikir apa nak buat. 



Sesekali tayang gambar berdua ..

p/s: takut nak bayangkan keadaan di dalam labour room....



CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns yang ke 5 2013

Sapa tak gembira bila dapat rezeki? Tak ada kan? Semua gembira....sekarang ni di tempat saya bekerja semuanya bergumbira sebabnya dapat Performance Bonus! Tapi saya yang tidak dapat apa-apa Performance Bonus ni tetap jugak gembira..apa hal nak sedih-sedih kalau dah memang tak ada rezeki tertulis untuk kita, kan?

Tak ada rezeki di tempat kerja, ada rezeki dari segi kesihatan dan kebaikan sahabat-sahabat, contohnya..itu pun rezeki jugak.

Contoh lain, rezeki dari pihak Nuffnang...ini pun rezeki yang tidak dijangka.

Saya dengan tak segan silu mengakui saya ni bukannya blogger celebrity/famous yang tiap bulan dapat Sponsored Post atau Advertorial bagai...sebab tu bila dapat CPUV dari pihak Nuffnang dengan nilai yang tak seberapa pun dah rasa berbesar hati sangat dah! Itu kan rezeki juga namanya...

Macam hari ni, baru je dapat satu CPUV , terbaru di bulan April, dari pihak Dumex Dugro. Dulu masa kecik-kecik, saya minum Susu Dumex la..tapi masa tu rasanya belum ada lagi kot Dumex Dugro ni.


Ni la rupa iklan yang sedang melatari blog saya ketika ini!



Kalau dapat bonus di tempat kerja, kita ucapkan terima kasih pada bos kita yang baik hati tu! 

Jadi kalau dah dapat CPUV dari pihak Nuffnang, kita ucapkan terima kasih pada Nuffnang yang sudi memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan walaupun tidak la besar mana angkanya tapi saya percaya setiap yang besar datangnya adalah dari yang kecil!

Terima kasih Nuffnang!



Karangan Melalut Saya| Tidak wajib baca!

Satu perkara yang saya sangat perasan tentang diri saya semenjak mengandung ni adalah saya senang sekali membangkang pendapat atau membidas idea yang tidak saya persetujui.

Sejujurnya, saya ni sejak dari kecil di asuh dididik menjadi seorang anak dan cucu yang mendengar kata...dengar apa saja kata-kata/perintah/keputusan oleh orang-orang tua di dalam rumah saya.

Senang cerita hanya yes yes yes je yang boleh dilontarkan...No no no adalah dilarang sama sekali. Sebenarnya lebih kepada anggguk je. Sempitnya dunia hidup saya , kan?

Pendek kata untuk mengeluarkan pendapat sendiri tu bukan satu perkara yang disenangi oleh keluarga saya ketika itu. Malah seingat saya, macam tak pernah keluarkan apa-apa pendapat pun masa kecil..semua pilihan terletak di tangan mereka yang lebih tua.

Saya yakin situasi sebegini sebenarnya agak biasa pada waktu dulu..corak didikan sesetengah ibubapa waktu dulu-dulu.

Bila usia menginjak dewasa, kita makin matang, keinginan untuk menyuarakan pendapat sendiri makin meluap-luap tetapi untuk diri saya sebenarnya peluang tu tidak begitu terbuka luas kerana masih lagi dikuasai oleh mereka yang kekal berfikir yang anak-anak semestinya akur dengan cakap orang tua dan orang tua selalunya benar dan betul.

Beza sungguh dengan anak-anak zaman sekarang...saya memang tidak akan menurunkan sikap ini kepada anak-anak saya ...tau je lah budak-budak zaman sekarang ni , mana boleh kita bataskan perkembangan pemikiran mereka, selagi masih lagi di landasan yang betul, kita jangan halang mereka untuk kembangkan pemikiran mereka.

Saya paling takut tindakan saya akan memberi tekanan kepada anak-anak saya seperti mana yang pernah saya lalui. Saya memberi kebebasan kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat dan memberi teguran secara berhemah antara satu sama lain. Cuma kita perlu tekankan tentang sikap menghormati walau apa jua keadaan, jangan biadap. Kedudukan kita sebagai ibubapa perlu mereka fahami sebaiknya dan kita sebagai ibubapa perlu belajar menerima teguran positif dari anak-anak.

Ok, panjang pulak mukadimah karangan SPM saya malam ni...asalnya nak cerita tentang saya menjadi agak laser sejak mengandung ni hinggakan menimbulkan perasaan terguris hati kepada salah seorang ahli keluarga saya.

Adakah pembawakan budak atau pun sememangnya bila kita semakin menginjak ke usia yang makin matang, dengan sendirinya fikiran kita tidak mampu lagi membendung rasa untuk menyuarakan pendapat kita sendiri  tetapi mungkin cara saya menyuarakan tu di dalam bentuk dan ketika yang salah. Ya....saya perlu akur dengan etika dan peradaban..bukankah selama ni saya kelihatan sangat baik dan beradab sebab tak pernah membantah cakap orang tua):

Dan....satu perkara yang perlu diakui...untuk menyuarakan pendapat atau memberi teguran sememangnya satu perkara yang sangat rumit sebabnya mana ada manusia yang dengan rela hati menerima teguran apatah lagi kalau teguran itu agak kasar dan berbisa seperti yang saya lakukan sejak beberapa bulan ini.

Kita boleh saja berkata, saya tak kisah orang nak tegur kesilapan saya bla bla bla tetapi bila tiba masanya, melenting jugak kita ni sebab bukan senang untuk kita menerima teguran tentang kelemahan kita, kena pulak orang yang menegur tu pulak main cakap sesuka hati dia je. Ini merujuk kepada diri saya sendiri juga...mana mungkin untuk saya tersenyum semedang bila ada orang kritik saya...pasti darah menyerbu ke muka juga apatah lagi dengan iman senipis kulit bawang macam saya ni, cepat saja la nak melenting.


Inikah yang dikatakan kematangan usia bila menginjak usia 40 tahun? Kita tidak mau lagi membiarkan diri melakukan perkara yang kita sendiri tak ingin lakukan ,kita tak sanggup lagi untuk menipu diri demi nak menjaga hati sana, hati sini.

Benar, kejujuran itu ada waktunya melukakan hati orang dan hati sendiri .

Maaf, merepek dok tau bende apa malam-malam macam ni.

p/s: entry paling merepek kot sepanjang 2 tahun lebih dah berblog.











Minggu Ke 29 Kehamilanku

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah sampai ke minggu 29 dah..lagi 11 minggu kalau tak ada apa-apa perubahan takdir oleh NYA, Insyaallah lahirlah seorang lagi khalifah kecil.

Di minggu ke 29 ni:

1. Perut memang ketara sungguh kemajuannya ...nampak besar dan badan makin rendang.

2. Tiada posisi tidur yang sesuai , semuanya tak selesa...akibatnya ntah berapa kali terjaga sepanjang waktu tidur.

3. Kesan regangan pada perut sangat ketara.

4. Extra letih. Kalau boleh balik dari pejabat tu terus nak baring, tapi itu dalam mimpi je la..kalau time mengandung anak pertama dulu, berangan macam ni rasanya masih boleh dipertimbangkan tapi ni kali ke 3, sendiri fikir la .

5. Kalau boleh nak ada driver sendiri yang hantar dan ambil dari tempat kerja...he he ini sungguh payah nak jadi kenyataan walaupun bukan la mustahil. Tapi buat masa ni,selagi boleh drive, sila la drive ye!

6. Selera makan berada di tahap paling maksima.Saat ni saya terkenangkan masakan tumis belacan yang arwah tok saya pernah masakkan untuk saya ketika saya nak ke asrama, berpuluh tahun lampau. 

7. Saya masih belum tau jantina bayi dan belum beli apa-apa kelengkapan baby dan apa-apa set bersalin untuk saya.

8. Panas! panas !panas! siang malam rasa panas berbahang, berpeluh-peluh walaupun dalam aircond di pejabat..aduhhh sungguh tak selesa tapi tak apa, semua ni adalah normal saja bagi ibu-ibu mengandung.

Sekian..catatan untuk malam ini.

p/s: apa cerita ibu-ibu mengandung yang lain?