Doa untuk Ucu - Part 2

Assalamualaikum,

Hari ni Isnin. Biasala kalau hari Isnin mesti macam sedikit liat he he...Kak Aya je kot..orang lain laju macam biasa je.

Entry ni sambungan kepada entry semalam.

Boleh klik sini untuk baca part 1.

Kalau semalam kisah Ucu di Pusrawi dan di wad kecemasan Hospital Selayang.

Lepas Ucu disahkan akan di pindahkan ke Wad Nufrology , Tingkat 7, Bilik 7B , Katil 13, Ayahchik dan dan Su Na pun pulang ke rumah.

Kami berbalas mesej di Whatsapp hingga mata kami terlelap ...kami menekan keypad handphone dengan diiringi air mata dan hingus...betul ...tak larat sapu airmata dan hingus ..nak biarkan macam apa pulak kang.

Esoknya, seawal pagi Kak Aya terjaga..tengok ada mesej dari Ucu...sedih sangat terima mesej ketika dia terlantar di atas katil di dalam wad.

Hati dipagut pilu dan sayu...rasa halusss menyelinap dalam dada.

Mesej Ucu - Su ( anak2 buah memanggil Su) tak dapat tidur...Su batuk berterusan..Su hanya mampu berserah kepada Allah kerana Dia Yang Mahu Mengetahui Segalanya..

Kak Aya melawat Ucu pada pukul 11 pagi...naik ke atas dan melihat Ucu duduk je ..dia tersenyum menyembunyikan rasa namun Kak Aya seolah dapat rasakan apa yang ada di dalam hati dan fikiran Ucu.

Kami sembang tak lama kerana nurse datang untuk membawa Ucu ke bilik scan untuk scan buah pinggang Ucu.

Kak Aya pulang dan diganti pula oleh Ayahcik dan isteri, Cik Kikin.

Agak lama Ucu menghilang dibawa pergi oleh nurse...beberapa jam jugak la.

Ayahchik dan Cik Kikin menggelisah menunggu Ucu .. tak lama Ucu muncul dengan leher kanan telah "ditebuk"untuk proses cuci darah dan masuk darah.

Kata Ucu, tadi belum scan lagi kerana doktor untuk scan tak ada jadi buat saluran di leher terlebih dahulu la.

Petang Ahad tu, Ucu di bawa untuk scan.

Setiap hari kena ambil darah 2 kali untuk melihat paras racun di dalam buah pinggang.

Malamnya Su Na datang menemani untuk sepanjang malam.Su Na dan Kak Aya akan bermesej tentang Ucu sepanjang masa terjaga. 

Ucu sukar melelapkan mata kerana batuk mengganggu.

Isnin 9/3/2015,  Ucu menjalani dialisis kali pertama dan dalam masa yang sama dimasukkan 2 beg darah.

Kak Aya pada hari tu, membawa Zahra ke pejabat kerana buntu nak hantar Zahra kemana..memang banyak taska berdekatan tetapi Kak Aya tak dapat nak membuat keputusan terbaik untuk Zahra pada ketika itu.

Jadi bawak je Zahra ke pejabat, time nak susukan dia, kami berdua masuk filing room...sayu hati ketika itu..hmm boleh dikatakan hari-hari yang dilalui semenjak Sabtu 7/3/2015 penuh dengan kesayuan je.

Ketika di pejabat, saudara Kak Aya yang tinggal tak jauh jugak daripada tempat tinggal Kak Aya ada menawarkan bantuan untuk menjaga Zahra untuk sementara waktu. Fikir punya fikir, Kak Aya rasa ok jugak. 

Balik kerja petang Isnin tu, kami menerima berita yang agak mengejutkan. Membuatkan kami terpana seketika.

BUAH PINGGANG UCU ROSAK KEDUANYA. PERLU JALANI DIALISIS UNTUK SEPANJANG HAYAT.

Kak Aya ketika itu baru je melangkah masuk ke dalam rumah..rasa longlai kaki ni...terus terduduk..

Malamnya jam 8 , Kak Aya terus ke hospital...Kak Aya rasa Ucu mesti sangat lemah selepas menerima keputusan itu. Sampai je di katil Ucu, nampak dia sedang menangis...menangis secara terkawal...sampai saat Kak Aya menaip entry ini Kak Aya masih terasa sebak mengenangkan saat Kak Aya terpandangkan Ucu sedang menangis malam tu.

Dia buat-buat tak ada apa-apa...Kak Aya pun sama..buat seperti tidak ada apa-apa. Kami tinggal bersama sangat lama...dia seperti ibu kandung, masakan Kak Aya tidak dapat merasakan apa yang dia rasakan saat doktor mengesahkan situasi kesihatan Ucu siangnya itu.

Ucu muntah lendir banyak sekali sejak selesai dialisis petang tu...Ucu juga menerima 2 beg darah. 

Memang muntah lendir tak henti-henti...Kak Aya fikir itu adalah lendir yang melekat kering pada paru-paru dia yang selama ini tak pernah pecah..sebab tu la Ucu batuk melengking-lengking.

Kak Aya melawat Ucu sekejap je malam tu. ..Kak Aya tinggalkan dia dengan secebis senyuman yang tak berapa manis mana...sebab kesedihan memenuhi ruang dada.

Su Na akan datang menemani hari malam Ucu di wad.

Selasa 10/3/2015, Ucu diberitahu jadual dialisis yang perlu Ucu jalani sepanjang di wad. Selang sehari . Mengikut jadual, hari Jumaat akan dibenarkan keluar.

Selepas Ucu diberitahu tentang kegagalan buah pinggang , Ucu diterangkan tentang option yang ada untuk Ucu pilih:

1. Cuci Air
2. Cuci Darah

Memang makan masa jugak untuk Ucu membuat 2 pilihan tu. ...sangat sukar untuk memilih kerana kedua-dua pilihan tu tiada di dalam fikiran ....namun apakan daya...akhirnya setelah kami semua berbincang, Ucu memilih untuk cuci darah iaitu dialisis.

Rutin Ucu di hospital adalah satu hari berehat, satu hari buat dialisis...selera memang lenyap ntah ke mana...badan memang ketara susut..kerempeng je.

Malam memang amat sukar untuk Ucu terlena...tekanan darah mula naik...kata Ucu, bukan dia ingin memikirkan semua itu tetapi puas berdoa puas berzikir tetap datang 1001 rasa menerpa di dalam fikiran.

Rabu malam, nurse memberikan pil tidur kepada Ucu namun lambat sangat pil tidur tu berkesan...Ucu terkebil-kebil hampir 3 jam, lepas tu baru la dapat tidur..

Khamis 12/3/2015, awal-awal lagi Ucu diberitahu dapat keluar hari tu...kena tunggu dokumen-dokumen untuk proses penentuan tempat dialisis ,permohonan  bantuan daripada Perkeso dan Zakat,selesai semua tu boleh la balik rumah ..

Petang Khamis jam 5 petang, Kak Aya membaca Ucu pulang ke rumah ...tetapi kepulangan itu tidak sama lagi dengan hari-hari sebelumnya.

Ucu kerap kali berkata - semua ini seperti mimpi.

Sebenarnya bukan Ucu sorang yang merasakan begitu, kami semua turut merasakan yang sama.

Hikmah yang paling jelas adalah kami 6 beradik dan 2 sepupu menjadi sangat-sangat rapat dan saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Kak Aya merasa sangat terharu sebab kalau tanpa sokongan semua Kak Aya tak rasa boleh kuat begini.

Allah tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan .Pastinya Ucu dan kami semua mampu menghadapinya.

Ujian ini untuk melihat sekuat mana kami yakin kepada Allah...sedekat mana hampirnya kami kepada Allah tatkala ujian ini diberikan kepada kami...adakah kami makin menjauh atau makin mendekat. Ujian ini menyedarkan kami betapa Allah itu sebaik-baik Perancang, Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Kak Aya stop di sini dulu, nanti sambung lagi entry ini.






0 comments :

Post a Comment