KISAH SEORANG MADU EPISOD 11

Salam sejahtera ke atas kamu sekalian pembaca entry Kak Hani ...........dan entry Kak Aya ( lupa diri pulak he he).

Kami berdua di dalam mood yang sungguh baik, pada tahap terbaik ..saling berganding bahu meng "update" blog...bergilir-gilir tu....dia cakap siang bagi dia update guna handphone, lantok la typo sana sini..malam pass baton pada Kak Hani..

****tepukanuntukkamiberdua.

Eh tolong sokong Kak Aya yang baru nak start diet tu....memang nampak ketara dia makin berisi sekarang oppssss sangat jujur la Kak Hani ni hi hi...yelah kami kan sahabat baik , kena la berlaku jujur.... jujur itu memang pahit tapi ada manis dihujungnya.

Insyaallah boleh tu, Kak Aya..paling penting jangan mengalah , biasanya cepat sangat la dia tu....mengalah ,putus asa itu ini alasannya...tau sangat la peel Kak Aya tu..dalam poket Kak Hani je ..

Kali ni kalau dia berhenti separuh jalan, memang dia nak kena la ...tau la apa hukuman yang Kak Hani akan kenakan...dah jenuh Kak Hani suruh berdiet, pakai biar bergaya sikit, asyik sememeh je, dah la awak tu jual skincare...nanti2 dapat rakan kongsi macam Kak Hani, haa time tu menangis tak berlagu la awakkk...jangan cari Kak Hani tau.....bo layan.

Sekarang Kak Hani dah mula guna produk yang Kak Aya jual tu...keluaran Seqy Beauty...hmm agak serasi dengan Kak Hani...Sekarang ni Kak Hani guna semua bermula dari BB Cream, Skincare Set dan Sakura Mask.

Eh yang baca entry Kak Hani yang ada masalah jerawat, sangat dicadangkan guna produk Seqy Beauty ni, sumpah tak tipu.


Malam ni sebenarnya tak tau nak sembang apa ...malam ni orang tu giliran sana..mata terkebil kebil memandang siling rumah. 

Anak-anak di dalam bilik memasing.

Sunyi terasa.

Begini la kehidupan.

Esok-esok pun seorang juga.

Malas la nak ikut rasa sedih kecewa ni, sampai sudah pun tak ada penghujungnya.

Semuanya tiada kekal abadi.

Duduk pusing kiri pusing kanan..teringat pulak Kak Hani, ketika Kak Hani sarat mengandungkan anak ke 2, suami pernah membawa anak pertama kami tu ke rumah isteri mudanya itu ( ketika itu Kak Hani belum mengetahui).

Anak Kak Hani ada bercerita, dia ke rumah "Umi" dengan ayah...Kakak tengok ayah cium pipi Umi kiri dan kanan..ayah cakap jangan cerita pada ibu.

Dalam kepala Kak Hani ni terfikirkan Umi tu adalah umi di tempat taska anak Kak Hani..

Dan terfikir anak Kak Hani ni reka cerita...Kak Hani cakap ishhh kenapa cakap merepek macam tu,tak baik..takkan la ayah nak cium Umi pulak.

Dan anak Kak Hani diam je.

Cerita itu berlalu begitu je. ..hilang lenyap dari ingatan, selepas mengetahui rahsia tu baru la faham apa yang anak Kak Hani cerita.

Itu je la nak share malam ni.

Selamat Malam .




2 comments :

Unknown said... [Reply to Comments]

Sob sob sedih tu. heheh layan baca petang petang jumaat ni

Jamu Perapat Zaman Moden

Lydia Miza said... [Reply to Comments]

Ank2 tau cemburu sbb tu dia cerita kot. Cuma dia tak smpikan dgn detail. Dia tak tau akk pikir ummi taska dia.

Dulu kan.. Masa umur 5-6 tahun sy pun cemburu juga. Ayah gi pekan beli brg dia bw mak sedara. Sy ikut juga. Kami bertiga g mkn abc.. Sy benci sgt pd maksedara tu. rasa cam.. Eh menyibuknya. Tak tau yg tu adik ayah. Mana leh kawen pun. Tp sbb syg sgt kat mak rasa nape pompuan ni ikut?

Post a Comment