Kisah Umar dan Nadhirah

Assalamualaikum

Dah tidur ye semua?

Rasa macam dah lama bebenor tak ngadap blog...sibuk, tak sihat, tak ada mood semua bersatu, yang jadi mangsa adalah blog ni ...

Minggu ni ada 2 peristiwa manis berlaku di dalam kehidupan kami sekeluarga.

Alhamdulillah Nadhirah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR dan Mumtaz untuk peperiksaan UPSRA.

Semoga ini satu langkah pertama untuk langkah-langkah seterusnya yang lebih berliku.

Dulu kak aya tak mampu nak jejak kaki hingga ke peringkat tertinggi, kepada anak-anak la harapan kak aya letakkan...memang cerita pasal harapan dan anak-anak, satu malam menaip pun tak habis.

Di akhirnya, kita kena yakin Allah jua yang menentukan segalanya.. kita rasa dah elok merancang tapi perancangan Allah itu Maha Hebat. 

Berita gembira lain yang tak cukup penting di dalam kehidupan kami sekeluarga, Umar telah pun bersunat.

Eh jangan la cakap - bersunat pun berita gembira ke?

Memang la gembira...menandakan anak kita dah dewasa. Bakal jadi anak bujang.

Umar ni manja sikit...eh manja banyak la jugak boleh dikatakan.

Kak aya menunggu di luar bilik doktor je, memang tak sanggup nak masuk temankan Umar.

Abahnya yang menemankan Umar.

Perasaan sang ibu kat luar tu, jangan cerita la..macam nenek tunggu kelahiran cucu sulung je gayanya.

Tak senang duduk.

Berdiri pun tak senang sebab lenguh!

Dekat 45 minit jugak la proses semua tu.

Balik rumah kejap, kesan ubat bius dah hilang.

Hmmmm apa lagi, menangis la si Umar.

Bila abah dia ada, dia sekadar mengerang je...sekali nak dijadikan cerita, gas kat dapur abis .

Abah keluar beli gas, Umar mula la menangis-nangis...Mama dia tak tau nak buat apa.

"Umar, sabar la...sakit ni Allah nak bagi kita ingat semula bagaimana sakitnya mama nak lahirkan Umar dulu...sakit ni Allah nak jadikan Umar kuat, hebat, gagah...bla bla bla bla.."

Tetap jugak menangis.

Dah bagi ubat tahan sakit pun masih menangis...sakit....sakit....berdenyut...nyutttt....

Bunyi kereta depan rumah..Umar terus perlahankan rentak tangisan.

Abah masuk sambil angkat tong gas...Umar hanya bersuara perlahan je.

Nampak tak betapa takut dengan abah? 

Abah tanya, tak sakit kan?

Nak angguk macam tak betul, nak geleng macam tak tergeleng..

Last-last tertidur.

Lepas-lepas tu langsung tak sakit hingga saat kak aya menaip ni.

Alhamdulillah.

Tapi kuat makan melebihi waktu sihat.

Walaupun sekadar lauk ikan tenggiri panggang, dia asyik cakap sedap je.

Sedap berbanding biasa ni, Ma..

Ambik hati mama kot...tambah-tambah mama yang menyuap nasi ke mulut Umar.

Hmm anak anak.

OK la ..itu je nak share.

Syukur dengan segala pemberianMU YA ALLAH.



0 comments :

Post a Comment