Semua dah kenyang , Alhamdulillah anak-anak dah melayan mata....suami layan TV..ni la waktunya untuk mamanya melayan blog.
Nasi 3 pot dah habis seperti hari-hari cuti selalunya....malam ni masak nasi lagi..baru best makan panas-panas.
Kejap lagi cadang nak goreng cekodok bilis..minum bersama Teh O panas...
Dah sediakan semua , tunggu nak goreng je...goreng extra untuk dibawak ke rumah Ucu...rutin hari cuti..tak sampai hati nak biarkan Ucu keseorangan time-time cuti ni.
Pukul 11 jemput Ucu dari tempat dialysis. ..tadi masa dia keluar dari tempat dialysis nampak longlai , pucat je..
Masuk je kereta, dia bagitau tadi selepas 2.30 minit buat dialysis, dia diserang sesak nafas lagi.
Memang saya selalu rasa sedih tapi kita jangan sekali tunjukkan kesedihan kita kepada dia..sebab kalau kita lemah, dia akan jadi makin lemah.
Kak Aya ada cerita kan hari tu ada ke HUKM untuk follow up tapak fistular yang dibuat pada bulan 9 baru ni..doktor check tempat jahit tu, dia cakap belum matang lagi dan datang semula lagi sebulan iaitu pada tarikh 25/11/2015.
Kak aya tak dapat masuk sekali jumpa doktor hari tu sebab boleh masuk sorang je..bila Ucu keluar dari bilik doktor lemah benar tengok dia melangkah...
Muka Ucu macam orang hilang harapan.
Masuk dalam kereta baru la dia bercerita.
1. Doktor tu check tempat jahit tu agak sedikit kasar, sakit sangat pada tempat jahit tu.
2. Doktor cakap, urat terlalu halus, tapak fistular tu tak boleh digunakan pada tempat asal, kena "belah" bahagian bawah lengan, makcik akan menjalani pembedahan "besar" bukan seperti sebelum ni..makcik akan "ditidurkan" sepenuhnya atau pun mungkin separuh tidur sahaja.
3. Nanti pada 25/11/2015 kita tengok sekali lagi , kalau dah matang, kita akan bagi tarikh utk belah bahagian bawah lengan.
Kita selalu berharap doktor akan bercakap dengan bahasa atau ayat yang membuatkan kita rasa agak lega walaupun kita tau tahap kritikal sakit kita itu.
Macam Ucu, dah ramai doktor yang dia telah jumpa sejak 6 bulan disahkan sakit ni...katanya kadang-kadang bangsa lain lebih berhemah lemah lembut bila bercakap berbanding orang kita.
Ucu memang rasa takut bila dengar perkataan BELAH, DITIDURKAN SEPENUHNYA, PEMBEDAHAN BESAR...benda ni sebenarnya sudah Ucu jangka tapi cara penyampaian yang agak kurang lembut pada jiwa pesakit membuatkan emosi pesakit agak tertekan.
Malam selepas follow up tu, Ucu mengalami kesakitan yang amat sangat pada tempat jahit yang terkeluar sedkit daripada benang, akibat check up yang agak terkasar siangnya, Ucu cakap sakit tu sampai dia berguling, berdenyut yang membuatkan satu badan sakit.. dia telan ubat penahan sakit pun tak hilang rasa sakit, Ucu hanya mampu basahkan lidah dengan kalimah Allah untuk redakan kesakitan. Esoknya Ucu ambil ubat lain kat tempat dialysis.
Sekarang ni Ucu menghitung hari menunggu 25/11/2015, dia asyik terfikir macam mana la operation tu nanti...
Pesakit mana-mana pun memang kita tau akan mengalami tekanan emosi...cuma beza bagaimana pesakit tu sendiri kawal tekanan tu..macam Ucu, Alhamdulillah dia memang kuat semangat dan ujian ni memang mendekatkan diri dia kepada Allah dan memang nampak dia lagi cool berbanding dulu yang sememangnya dia jenis cool..
Hmm macam mana dengan keadaan kita hari hari esok..hari ni kita tengok orang lain menderita kesakitan...kepada Allah jua yang mampu kita tadahkan doa agar dipermudahkan perjalanan hidup kita dan minta diringankan ujian ke atas kita walaupun kita yakin janji Allah, setiap ujian diberikan mengikut kemampuan hambaNYA, kita tetap tak putus berdoa agar sentiasa dimudahkan laluan di dalam menempuh ujian sebuah kehidupan menuju akhirat ini.
Ok..nak goreng cekodok dulu le..malam ni nak COD barang ke Taman Melati.
0 comments :
Post a Comment