Lama Kak Aya tak share perkembangan Ucu...dah lebih 6 bulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada tahap terakhir.
Sekarang ni Ucu menjalani dialysis sebanyak 3 kali seminggu , setiap Selasa, Khamis dan Sabtu bermula 7 pagi hingga 11 pagi di Pusat Dialysis Islah, Batu Caves Centrepoint dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zakat Selangor.
Ucu juga telah menerima pencet ilat setiap bulan bagi menampung kos ubat-ubatan beliau.
Alhamdulillah.
Sekarang Ucu masih menggunakan tiub pada leher untuk proses dialysis...tapak fistular pada lengan belum matang dan ketika sesi follow up baru-baru ni doktor ada menjelaskan yang Ucu perlu menjalani satu major operation pada bahagian bawah lengan kerana urat Ucu terlalu halus, tapak fistular yang sebelum ni bahagian atas lengan akan dipindahkan ke bahagian bawah.
Tarikh untuk operation tu belum ditentukan
Percaya tak, jahitan luar pada bahagian leher Ucu tu selalu terputus...kat situ ada 2 jahitan, kalau satu terputus masih bertahan tapi kalau dah dua-dua terputus mesti kena jahit semula.
Malam tadi, Kak Aya bawak dia ke Hospital Selayang untuk jahit yang terputus tu..ni kali ke 4 jahit di Hospital Selayang. .2 kali jahit di klinik swasta.
Kesian Ucu malam tadi sebab doktor tak bius pun..jahit macam tu je, walaupun sekadar 2 jahitan, bayangkan sakit macam mana...Ucu cakap dia terjerit kuat jugakla sebab tak sangka jahit tanpa bius.
Pagi ni Ucu demam. Dia dah ke Pusat Dialysis lepas solat Subuh tadi.
Memang sedih bila kenangkan Ucu...teringat masa hari pembedahan tapak fistular sebulan lepas, Ucu begitu pucat ..dia takut , katanya. ..bibir dia berkumat kamit tanpa henti..Kak Aya tau dia sedang berzikir tanpa henti memohon kekuatan dari Allah.
Pada satu ketika yang lain pula, Ucu diserang sesak nafas ketika sedang dialysis..dia cakap saat itu memang dia hanya ingat MATI je..bantuan oksigen yang diberikan kepada Ucu tidak dapat membantu dan memang suasana agak cemas dan Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali ok.
Ketika Kak Aya menjemput dia, memang terkejut tengok wajah dia yang pucat...memang pucat sangat-sangat. Ucu cakap dia macam tak percaya masih diberi peluang untuk hidup hari kerana sesak nafas tadi tu sakit tak tergambar....dia melorot jatuh ke bawah kerana kurang oksigen dan bantuan oksigen yang diberikan tidak dapat membantu..
Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui . Allah Maha Berkuasa.
Ucu cuba tunjukkan riak tenang, lawan perasaan di dalam dada...Dia bersandar di dalam kereta dengan wajah yang Kak Aya sendiri sukar nak tafsir apa yang ada di dalam hati dia.
Dia cakap - Bersyukur bila di uji....Alhamdulillah Alhamdulillah, aku yakin KAU menguji aku sesuai dengan kemampuan aku.. Ampunilah dosa aku...aku tau aku pendosa.
Kak Aya yang memandu kat sebelah ni pulak yang mengalir airmata.
Berat badan Ucu kadang-kadang 43kg , kadang-kadang boleh merosot hingga 38-39 kg.
Ucu memang seorang yang kuat semangat...selagi boleh bangun siapkan makan minum sendiri, dia akan buat...setiap hari dia masih jaga Zahra...balik je daripada tempat dialysis dia akan terus memandu ke rumah pengasuh untuk menjemput Zahra.
Dia selalu cakap Ucu mesti kuat semangat sebab Ucu hanya ada Allah...suami dan anak-anak tiada..ibu bapa dah lama meninggal...adik beradik hanya tinggal sorang je, itu pun tidak begitu sihat.
Ini ayat yang selalu meruntun jiwa. Walaupun Kak Aya dan adik beradik adalah anak buah dia tapi kami menggangap dia sama seperti ibu sendiri iaitu kakak dia jugak....ketika dia sihat dulu, dia jaga makan minum kami melebihi daripada seorang ibu biasa buat untuk anak-anak mereka.
Ya Allah Kau panjangkan usia Ucu. Kau ringankan beban kesakitan Ucu. Kau ganjarkan lah setiap kesakitan dengan pahala untuk Ucu.
Kuruskan Ucu..ni kat Hospital Selayang malam tadi |
0 comments :
Post a Comment