Alfatihah.
Terkejut jugak tadi,lepas solat Maghrib, terbaca berita kemangkatan YAM Tunku Jalil di IG..
Petang tadi Kak Aya lepak-lepak dengan Ucu, hari ni Ucu sangat tidak sihat..selepas pulang daripada dialysis memang dia betul-betul tak larat..sedih jugak la kak aya tengok keadaan Ucu..dia cakap mungkin kesan dialysis dan kesan ubat yang diambil sebab demam, batuk dan pening.
Kita orang borak-borak la pasal arwah Yus , arwah Mariani...lepas tu Ucu cakap, terasa kian dekat je masa untuk tinggalkan segalanya ( memang kak aya sebak dengar dia cakap macam tu)..Sorang demi sorang saudara dekat, saudara jauh pergi menemui Pencipta, kita yang sakit terlantar macam ni sangat terasa kematian kian mendekat..( ***sebak)
Lepas tu dia teringat la akan YAM Tunku Jalil yang sedang gering..katanya, YAM sangat baik, merendah diri..Ucu suka juga tengok FB Page Almarhum , time Ucu buat dialysis, tengok-tengok page Almarhum terasa la kuat sebab Almarhum pun sakit tapi kelihatan sangat kuat dalamannya.
Ucu cakap, Insyaallah panjang umur kerana ramai yang doakan dia..
Balik dari rumah Ucu dah hampir maghrib...tu yang bila baca berita kemangkatan, Kak Aya terasa sebak dan macam terkejut...Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Perpisahan memang menyedihkan ...tapi sebenarnya kematian itu memberi pengajaran dan peringatan kepada kita yang masih hidup ...selalu kena ingatkan diri tentang bekalan.
Tiap petang Khamis, dengar rancangan Mau'izzati diradio IKIM memang banyak memberi kesedaran peri pentingnya kita yang hidup menyediakan bekalan untuk menuju ke rumah yang abadi.
Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh para Solihin.
0 comments :
Post a Comment