Rutin Baru

Assalamualaikum

Berpeluh peluh ni lepas sapu sawang kat blog ni ....mana la perginya tuan rumah, dibiarkan blog ini tak nampak rupa.

Alhamdulillah blog dah bersih semula.

Tapi sawang akan datang lagi, jika tuan rumah kembali dengan perangai biasa.

Ok biarkan je la perangai tuan rumah tu.

Sekarang ni Nadhirah dah lebih 2 bulan masuk asrama.

Alhamdulillah, dia boleh kawal rasa sedih dia setiap kali kami hantar dia ke asrama.

Jadual pulang bermalam dia adalah 2 kali sebulan.

Tengah hari Jumaat, kena jemput. Petang Ahad, hantar semula.

Sabtu @Ahad yang dia tak dapat pulang bermalam, kami akan pergi melawat

Dulu ketika Kak Aya kat asrama, homesick selama 5 tahun hi hi..poyo betul..k

Balik sebulan sekali je..kalau 2 kali sebulan, rasanya tak homesick langsung he he.

Mak ayah datang menjenguk tak tentu..kadang-kadang tak mai melawat pun..sebulan la tak jumpa.

Dulu ayah naik motor je , gek gek gek dari kampung ke sekolah di pinggir bandar.

Rindu kenangan lama.

Kini, Kak Aya pulak melalui rutin yang sama macam mak ayah Kak Aya dulu.

Bezanya, Kak Aya cepat berdikari berbanding anak Kak Aya.ok la sebenarnya tak boleh nak bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang...banyak bezanya.

Kalau minggu tu jadual Nadhirah pulang bermalam, kesibukan akan menjadi 2x ganda daripada biasa.

Sibuk mesin baju, lipat baju..Nadhirah gosok sendiri baju-baju yang dia bawak balik tu..lepas tu tolong dia packing semua..isi barang dalam kereta..

Kena beli jajan untuk makan selepas prep atau ketika prep.

Kena sentiasa standby duit untuk belanja dia selama 2 minggu di asrama.

Tadi Umar bertanya -" kenapa ye kalau time kakak balik rumah, dia mesti dilayan spesial?"

Tersentap jugak dengan soalan Umar tu.

Kak Aya tanya dia - apa yang spesialnya tu?

Dia jawab - 'ada laaah"

Hmm Kak Aya rasa spesial tang beli jajan ( biskut, air kotak biasanya)...ye la beli untuk keperluan 2 minggu
setiap kali balik, kelihatan spesial di mata si adik.

Kalau nak dikatakan mama masak spesial bila kakak balik, itu memang tak betul sama sekali...setakat ni tak pernah lagi masak spesial untuk Nadhirah ,masakan yang sama je macam minggu yang dia tak balik.

Banyak benda yang kak aya belajar sejak Nadhirah masuk asrama.

Erti perpisahan dan rindu seorang ibu.

Pengurusan kewangan.

Pengurusan masa.

Kasih sayang.

Banyak yang kak aya nak share bila lama tak up entry tapi tu la...kadang-kadang rasa macam tak perlu kot nak share..ye la ada benda-bendanya lebih baik kalau tak share. Ok habis kisah share mengeshare ni.

Kak Aya masih buka untuk dropship Seqy Beauty ye...daripada kita duduk mengadap FB/IG berjam jam sehari untuk stalk FB/IG orang, lepas tu makan hati sendiri, baik la tukarkan hobi menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat

Boleh contact Kak Aya ye kalau berminat.

Ok, Kak Aya stop sini dulu, jam hampir 2.30 pagi dah ni.


3 comments :

Kak Aya said... [Reply to Comments]

takpe diana, faham sangat mesti diana pun sibuk untuk promote kalau buat dropship..takpe diana dulukan mana yang utama, dah slow busy tu boleh la buat bisnes sampingan

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

seronok duduk asrama ni kak aya...hihi. Saya 5 tahun duduk asrama juga. Banyak pengalaman pahit manis, suka duka yang dilalui....bila dah ada anak ni, rasa nak kembali pula ke zaman sekolah dulu

Kak Aya said... [Reply to Comments]

kan? bila dikenang balik rasa seronok tinggal di asrama...dikelilingan kawan-kawan..mcm mcm kenangan.

Post a Comment