Dah makan tengah hari ke? Kak Aya baru selesai cuci tangan cuci mulut. Alhamdulillah.
Kak Aya belum jumpa template yang sesuai untuk blog ni, guna aja la apa yang ada. Nak tukar tukar tak pandai sangat, sebelum ni rajin upah designer utk design, kali ni biarla dulu.
Sekarang ni dapat update kat ofis je, kat rumah PC dah rosak, Laptop pulak selalu suami bawak ofis, Malam baru dia bawak balik , kita pun dah sibuk dengan urusan lain. Cuba jugak guna Hp tapi asyik-asyik publish failed. Tak pandai nak godek.
Kalau guna PC ofis, tak ada gambar la..sebabnya staff tak boleh nak transfer gambar sesuka hati. kalau nak juga perlu guna USB Company. Satu hal nak meminjam dengan bos hanya kerana nak transfer gambar peribadi.
Beberapa hari ni memang baca post sendiri je, macam rindu sungguh rasanya..baca komen kawan kawan blogger. Paling sayu bila baca komen arwah Kak KasihRedha. Terasa sangat kehilangannya.
Ramai jugak lagi yang masih maintain update blog ye.. Kak Aya tak sempat nak blogwalking, waktu rehat sejam je kan.
Ok dah nak 1.30, kena sambung kerja hakiki pulak.
Salam jumpa lagi.
0 comments :
Post a Comment