Alhamdulillah buku Ustazah Fatimah Syarha ni saya jumpa di Perpustakaan Awam Gombak 2 minggu lepas, baru je diletakkan di rak buku perpustakaan, terus la saya sambar.
Balik rumah belek beberapa helai, saya rasa buku ini sangat menarik, terus order dari kedai buku di Shopee dan buku yang saya pinjam ni terus saya pulangkan beberapa hari kemudian.
Macam tu la peelnya bila jumpa buku yang sangat menarik, saya akan cuba beli. Isinya menarik cover pun comel je, nampak soft sangat. Pandang cover pun dah rasa tenang.
Buku ni hasil pengalaman peribadi ustazah dan juga berdasarkan AlQuran dan Sunnah. Macam mana nak urus emosi, bagaimana bila ada satu satu masalah atau perasaan negatif.
Walaupun baru belek beberapa helai, saya dapat dan dah mula praktikkan satu ilmu mudah daripada Ustazah iaitu sentiasa membaca :
0 comments :
Post a Comment