Covid19 - Hari 1

Selasa lepas, 15/2/2022, sejak sebelum subuh lagi rasa macam tak sedap badan, sakit tekak..rasa nak berselimut je , masa tu belum beli termometer lagi, jadi tak dapat agak la berapa suhu masa tu.

Pagi sebelum suami nak ke ofis, dia pesan suruh buat saliva test, isterinya ni ye kan je la tapi tak buat pun.

Buat kerja macam biasa je time pagi sampai tengah hari, minggu lepas turn WFH, masak-masak kat dapur macam biasa walaupun rasa macam lesu sikit, siap buat ayam masak kicap untuk diri sendiri, rasa teringin sangat.

Selepas pukul 2 , makin rasa tak larat je, memang banyak tergolek daripada buat kerja, dalam pukul 4 tu rasa macam nak berbaring terus je tapi Nadhirah cakap jom minum kopi kot mama rasa segar sikit.

Ok minum kopi , makan biskut.

Time tu dah 5.15, rasa tak boleh nak pandang laptop dah, badan mintak selimut.

Selimut je la berbungkus, suami pun balik kerja dah dekat pukul 7 dah.. dia tanya dah buat salive test ke belum ni? Hmm dahhhh, negatif je.. lepas tu dia cakap ye kee, tengok muka lain macam je.

Hmm buat la test tu , berdebor jugak la nak tunggu resultnya..dup dap dup dap keluar 2 line .

Positif!

Masa tu kalut fikir nak kuarantin mcm mana sebab rumah ni tak cukup bilik tidur, tak cukup bilik air.

Ok, Zahra dan Nadhirah satu bilik tidur,suami tidur dalam bilik kerja dia, Umar dalam bilik kain baju yang sempit kat atas, tapi esoknya kita akan jumpa jugak semua.

Apa pun untuk malam pertama tu, macam tu la keadaan kami, saya kat tingkat bawah , senang kat bawah tu ni ada bilik air, atas ada 1tapi bilik mandi je, lagi satu bilik air tu kami jadikan stor.

Jadi saya berbaring la kat bawah ni, ada bilik kecik satu bawah tangga tapi langsung tak boleh lelapkan mata, terlalu banyak perkara datang dan satu pun tak mampu nak fikir.

Kosongkan fikiran, usah fikir lebih-lebih. Kekal fikir positif dalam apa situasi, kononnya gitu la.

Dan pagi pun menjelang tiba. 

Jumpa esok untuk sambungannya.



p/s : Gambar sentiasa tiada kaitan.